'Sexy, Free & Single', Super Junior terjual lebih 200 ribu unit

8:28 AM

Super Junior


Kumpulan boyband Korea, Super Junior menjadi artis pertama yang berjaya menjual lebih dari 200 ribu unit album untuk tahun ini menerusi album terbaru mereka yang berjudul 'Sexy, Free & Single'.
Menurut laporan daripada carta kedudukan album Hanteo pada 5 Ogos lalu, album keenam Super Junior ini menjadi satu-satunya album yang terjual lebih dari 200 ribu unit.
Dengan penjualan album yang memberangsangkan itu, Super Junior kini menjadi kumpulan K-Pop nombor satu di carta. Album terbaru mereka itu dijangka mampu terjual jutaan unit seperti yang terjadi pada album sebelumnya, 'Mr.Simple' yang terjual lebih dari 500 ribu unit.
Dalam pada itu, Super Junior telah merilis album repackaged 'SPY', dan boyband dibawah naugan SM Entertaiment ini akan mempromosikan album tersebut di program "M!Countdown".

You Might Also Like

0 comments

Mohd Rizwan. Powered by Blogger.

Cerita Menarik

Kerana Mak Mertua, Isteri Kena Talak 3

Cerita ni bukan rekaan semata-mata mahupun drama dalam tv. tapi ni betul-betul terjadi. tak nak cakap panjang jom baca cerita sebenar dari ...