"Susah lakonkan adegan ranjang" - Nora Danish

6:18 AM

Nora Danish "Susah Lakonkan Adegan Ranjang"

14 Ogos - Jika difikirkan secara lurus, pasti semua akan menyangka untuk melakonkan adegan ranjang dalam sesebuah filem itu adalah satu perkara yang mudah. Lagi-lagi jika seseorang pelakon itu sudah berkahwin.
Namun sebenarnya, bukan mudah untuk melakonkan aksi romantik ataupun ranjang. Itulah yang diakui sendiri oleh Nora Danish yang kita kenali sebagai pelakon yang selalu muncul dengan watak ceria.
"Bukan mudah untuk berlakon adegan romantik dan ranjang tetapi ia banyak dibantu oleh Rusdi yang lebih banyak pengalaman selain kesudiannya memberikan tip supaya tidak kelihatan kekok."
Diberi peluang untuk berlakon dalam sebuah filem terbaru "Mencari Cinta", Nora Danish membawakan watak sebagai seorang gadis yang terpaksa mengikut arahan bapanya untuk berkahwin dengan seorang pemuda yang dilakonkan oleh Rusdi Ramli.
"Saya lebih dikenali dalam watak sebagai gadis ceria atau pun komedi dan ini adalah kali pertama percubaan saya untuk membawakan watak romantik. Walaupun disangka mudah tetapi secara dasarnya ia sangat sukar dan memerlukan penghayatan yang teliti,"katanya.
Sumber : My Yahoo


You Might Also Like

0 comments

Mohd Rizwan. Powered by Blogger.

Cerita Menarik

Kerana Mak Mertua, Isteri Kena Talak 3

Cerita ni bukan rekaan semata-mata mahupun drama dalam tv. tapi ni betul-betul terjadi. tak nak cakap panjang jom baca cerita sebenar dari ...