wan retis pencinta kucing

7:16 AM


hye semua? malam2 ni wan tak de cerita menarik sangat untuk d kongsi bersama korang smua. sekadar cerita2 kosong yang terlintas d fikiran wan. tidak d nafikan wan merupakan seorang pencinta kucing. bagi wan sendiri menjaga seekor kucing bukan la sebagai hobi semata2. tapi sebagai menyempurnakan hidup wan. tanpa kucing wan rasa tak best.! hehe

Wan start memelihara kucing ni dari tadika lagi. wan masih ingat pelbagai kenangan manis dan pahit wan bersama kucing2 kesayangan. sekarang semuanya tinggal kenangan. huhu. ketika wan tadika wan memang ada memelihara seekor kucing betina dan kucing 2 pun beranak. bertambah la kucing wan. sehingga ke hari ini wan masih memelihara kucing.

Kucing ni merupakan haiwan kesayangan nabi. sebab itu kita sebaiknya memelihara kucing sebaik mungkin. jangan sesekali membuat keganasan kepada kucing tersebut. pelbagai jenis penderaan yang wan lihat manusia lakukan ke atas kucing2 comel ni. agak sedih jugak melihat penderahan tersebut. tapi apakan daya. wan hanya mampu melihat gambar2 kucing d dera. so sad! yang pasti mereka yang membuat 2 akan menerima pembalasan d akhirat kelak! pasti!

Setakat ni wan menjaga 3ekor kucing betina dewasa, 2ekor kucing remaja, dan 4ekor kitty yang baru jew lahir. hehe. kebanyakan kucing wan adalah betina. wan pun tak tahu kenapa wan selalu jew mendapat kucing betina. hahaha! tapi tak pe. wan lebih suka kucing betina dari kucing jantan. kerana kucing jantan akan tinggalkan rumah apabila dewasa. kucing betina akan setia duduk kat rumah selamanya. itulah kelebihan kucing betina. hahaha.

Kucing2 peliharaan wan bukan la kucing import atau kucing parsi yang dijual mahal kat kedai 2. kucing wan semuanya kucing terbiar wan ambil kat tepi jalan. :') wan tak nak bajet hot beli kucing2 mahal2 sedangkan kucing yang da nak mati d biarkan. sampai bila2 pun wan tak akan membeli kucing! wan suka pungut kucing2 yang terbiar. wan akan jaga kucing 2 macam wan jaga baby yang baru lahir. 

Pelbagai pengalaman yang wan dapat selama wan menjadi ibu angkat kucing2 ni. hehe. wan anggap kucing2 2 anak wan. :') wan syg sngt2 kat kucing2 wan. setiap kali wan bersedih. wan akan luahkan perasaan sedih wan kat kucing 2. rasanya ada baiknya wan luahkan kepada kucing berbanding wan luahkan perasaan 2 pada seorang manusia. bila wan luahkan perasaan 2. kucing wan akan duk diam2, seolah2 dia faham apa yang wan cakap. :') mungkin dia faham kowt. cuma kita tak tahu. semua 2 kuasa Allah s.w.t :)

panjang pulak coretan wan pada kali ini. secara kesimpulannya wan seorang pencinta kucing ! :) Terima kasih kerana sudi baca entry wan. tinggalkan komen anda..nanti wan jejak kat blog korang plak.

You Might Also Like

0 comments

Mohd Rizwan. Powered by Blogger.

Cerita Menarik

Kerana Mak Mertua, Isteri Kena Talak 3

Cerita ni bukan rekaan semata-mata mahupun drama dalam tv. tapi ni betul-betul terjadi. tak nak cakap panjang jom baca cerita sebenar dari ...