Pelakon lelaki terkenal Shahz Jaszle ditangkap khalwat oleh JAIS

10:00 PM



shahz jaszle
SHAH ALAM, 16 Mei (Bernama) -- Seorang pelakon lelaki terkenal tempatan ditangkap khalwat oleh sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah unit Apartment Taman Sri Subang di sini awal hari ini.
Pelakon berusia 25 tahun itu, yang pernah bertunang pada Disember tahun lepas, ditahan pada 3.30 pagi selepas pasukan penguatkuasa mendapat maklumat daripada orang awam.

Pengarah Jais Datuk Marzuki Hussin, dalam satu kenyataan hari ini,
mengesahkan bahawa pelakon itu, yang sudah bertunang Disember lepas, ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jais berdasarkan maklumat awam.

"Dia ditahan mengikut Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995," katanya.

Pelakon berkenaan sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan wanita yang lebih berusia serta seorang lagi pelakon wanita, namun hubungannya dengan mereka berakhir begitu sahaja.

Sementara itu, Yahoo! Malaysia menerima berita bahawa pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan pelakon lelaki dan model itu adalah Shahz Jaszle.

Memetik laporan portal hiburan, www.tupai.com pihak JAIS telah mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai penangkapan itu.

Shahz Jazsle atau nama sebenarnya, Mohd Shahrizal Jaszle Jasmi dan kenalan wanitanya itu telah diserbu oleh sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasa JAIS di sebuah unit di Apartment Taman Sri Subang sekitar jam 3.30 pagi awal Khamis.

Penahanan Shahz Jaszle berdasarkan kepada Seksyen 29 A 1 & B, Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995.   


 sumber : yahoo malaysia !

You Might Also Like

0 comments

Mohd Rizwan. Powered by Blogger.

Cerita Menarik

Kerana Mak Mertua, Isteri Kena Talak 3

Cerita ni bukan rekaan semata-mata mahupun drama dalam tv. tapi ni betul-betul terjadi. tak nak cakap panjang jom baca cerita sebenar dari ...